Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Tajuk kat atas tu mungkin sesuai dengan apa aku nak bercerita. Hari ni 27/10/2011..dalam masa seminggu dua ni, kesihatan ayam aku agak membimbangkan betul..ada yang mengatuk..ada yang bersin..tapi % dia taklah banyak..1:30 jer. Tapi cuak sampai tak boleh nak tido..
Dengan kuasa Allah SWT dan usaha gigih, Alhamdulillah..ayam aku sihat dan tiada kematian yang berlaku sampai ke hari ini..syukuuurr..yang best lagi, semalam ayam aku dah selamat diborong oleh peraih ayam..sampai terang reban aku..tinggal 45ekor jer dari seratus ekor lebih..nampaknya tak sempat untuk stok raya korban lah gamaknya. Pada mereka-mereka di sekitar reban ayam aku yang bercita-cita nak beli time raya nanti rasa-rasa tak kesampaian lah cita2 tu. Sebab ayam dah nak habis. Kalau nak jugak..sila datang sekarang buat booking..cukup time bleh ambik dengan harga pasaran semasa...hehehehe..ayam masih dalam reban, tapi duit dah masuk..bijak-bijak..sekali lagi aku panjatkan syukur..Amin..
Hari ni aku pening sekali lagi..nak tambah stok anak ayam ke tidak? Nak tambah risau keadaan cuaca sekarang..tak nak tambah, stok ayam dalam reban dah nak habis..aduuhh..pening jugak ni...
argemilangfarm
Popular Posts
Monday, 31 October 2011
banjir
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
argemilangfarm
Aku baru lepas tengok berita tadi..dia org cakap pantai timur akan terima hujan lebat..mungkin akan berlaku banjir besar..Aku termenung bila dengar pe yang berita bagitau..tak lama lagi orang pantai timur boleh main air banjir (air boh). Pantai timur kalau musim banjir ibarat cam pesta bagi penduduknya. Time nilah ramai-ramai kuar main air..time ni gak anok-anok daro comel kuar main air..hehehe..
Bagi aku..musim tengkujuh ni menyimpan banyak kenangan manis..dulu-dulu, time musim banjir nilah dapat makan ikan air tawar banyak..ramai yang kuar tangkap ikan kat sungai-sungai..sawah-sawah..time musim ni jugak lah aku dapat makan ubi kayu cicah kelapa muda parut digaul dgn gula..ermm..sedap..rindu arwah nenek lah plak rasa..
Pepe pun..tahun ni cabaran baru untuk aku hadapi akan bermula..besok anak ayam best baru akan masuk reban aku. Tak banyak, cuma 100 ekor je..tapi pelaburan juga tu.. Cabaran pelihara ayam musim banjir ni agak besar resikonya..aku harap semua persedian yang aku buat dah cukup untuk hadapi semua kemungkinan yang akan berlaku..Ya Allah, aku pohon perlindungan dari Mu ya Allah..Apa yang pasti kawasan reban aku tak akan ditenggelami air..kecuali kuasa Tuhan yang menentukan segalanya.
argemilangfarm
Monday, 24 October 2011
lakaran reban ayam baru
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Ermmm..sini aku nak share citer pasal aku nak upgrade kawasan sekitar reban ayam aku..reban sedia ada tu aku ingat nak renovat jadi dua level..level atas aku nak buat tempat letak anak ayam yang baru..kat bawah plak aku boleh letak ayam yang dah besar..boleh jimatkan ruang..yang penting jimat duit..hehehe..
Step kedua, aku nak luaskan kawasan pagar luar reban..supaya ayam aku dapat berlari & terbang bebas di sekitar reban. Aku dah belikan pukat ikan lebih kurang 150meter, tinggi 7kaki untuk dijadikan pagar..harga pukat ni murah jer..ketahanan dia pn boleh tahan jugak..tak perlu pagar pakai dawai pn..yang penting pukat tu di pasang kuat dan bahagian bawah dikunci baik..yang penting tiada yang berlubang..
- reban untuk anak ayam kecik aku berteduh -
- ruang anak ayam aku lepak -
- siap dipagar menggunakan pukat ikan -
- bilalah aku nak tengok semua kawasan berpagar aku ni dipenuhi ayam -
- pokok aku kekalkan sebagai tempat ayam aku berteduh -
argemilangfarm
melawat reban waktu malam
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Hari ni 25/10/2011..dua malam lepas aku susah betul nak lelap mata. Puas aku pejam, tapi mata tetap terkebil-kebil. Last2 aku sarung seluar..pakai baju..turun pegi melawat ayam aku..tengah ayam aku tido nyenyak..aku on lampu..apa lagi, bisinglah bunyi dalam reban aku..hahahaha..mesti semua ayam aku menyumpah, sebab aku buat dajal malam-malam buta..
Ayam ni pantang mata boleh nampak..terus je cari makan..yg dituju dulu adalah bekas air minum..semua berebut-rebut nak minum..kesian aku tengok..sejak 2 malam lepas aku pasangkan lampu dalam 1 jam sebelum aku tido..nak bagi ayam minum..
Sebahagian ayam aku yang tersedar dari tido..
argemilangfarm
Thursday, 20 October 2011
persedian perubatan
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Neo TM 25/25
Sulphadimidine (coccidiosis)
Carperazne
Aku ucapkan pada sape-sape yang belek blog aku ni..
Time ni hujan lebat betul kat luar rumah aku ni..mcam nak bajir je..ermm..cuak jugak bunyi tu pada mereka-mereka yang bekecimpung dalam penternakan ayam ni..Time ni pemantauan perlu dipertingkatkan lagi..semua bertujuan untuk mengelak ternakan ditimpa masalah kesejukan & penyakit..Pada yang berfikiran panjang sentiasa bersedia dalam menghadapi masalah yang mungkin melanda. Dalam kita memantau..kita tak boleh lupa dari segi penyediaan perubatan untuk ternakan kita..Bukan time musim hujan je..tapi untuk sepanjang masa..selagi kita ni jadi penternak..
Di sini aku nak share sikit apa yang aku tahu dan pengamalan perubatan harian yang aku amalkan..Ini sebagai salah satu ikhtiar dan persedian menghadapi masalah penyakit yang mungkin kita hadapi..terutama pelihara ayam ni. Kita tahu, banyak produk perubatan ternakan kat luar sana..Yg aku guna macam kat bawah ni..Produk kat bawah ni dari segi harganya..taklah mahal..dan kita mampu untuk miliki..tu yang penting..klu kita sayang kat ayam-ayam kita yang comel2 tu..sama-sama lah kita bersedia..hehehe
Neo TM 25/25
Sulphadimidine (coccidiosis)
Dua produk di atas merupakan persedian Antibiotik yang kita boleh bagi bila kita tengok ayam kita tak sihat je..kalau ada yang bersin/selsema ke..moyok ngatuk ke..berak kapur ke..mata berair ke..kita boleh bagi di awal kita kesan ada tanda-tanda tadi..Bukan sekadar antibiotik saje yang terkandung dalam dua benda ni..secara lebih tepat lagi dia mengandungi Antibiotik (2 jenis) + Minerals + Anti Stress.
Carperazne
Carperazne ni plak merupakan Anthelmintic/ Ubat Cacing..ubat cacing ni hanya untuk ayam je tau..bukan untuk orang plak.. Ayam ni pn ada cacing..cacing yang ada dalam peruk dia yang boleh menyebabkan ayam kita mudah dijangkiti penyakit..Jadi sebelum dia bermasalah, kita selesaikan cacing-cacing jahat tu..benda ni cukup dibagi sebulan sekali jer kat ayam kita..3 hari berturut-turut..sukatan yang diperlukan pun taklah banyak sangat..
Selain 3 benda kat atas..aku ada juga gunakan EM dan Provita (sori gambar lupa nak ambik)..
Ramai penternak-penternak ayam menggunakan dua benda ni sebagai persedian perubatan untuk ayam-ayam mereka..
EM bermaksud Effective Microbiols (Probiotik) atau dalam bahasa mudah Bekteria Baik..cam yang ada dalam minuma Yakut tu..tapi mungkin bekteria dia lain lah sikit..tu aku tak pasti..kene tanya doktor lah..EM ni bagus jugak..dia boleh digunakan untuk sembur kat reban & sekitarnya untuk mengelak penyakit & menghilangkan bau..bila bau busuk takde..maka lalat pn takde lah.. Kalau ayam tak sihat pn kita boleh campur dalam minuman ayam..tapi sukatan dia mesti tau..klau tak..ayam bleh mati plak..
Provita plak merupakan antibiotik+anti-Stress..kalau dah nama antibiotik..sudah pasti dia ubat untuk kesihatan..untuk ayam je..ingat tu..benda ni kita mudah diperolihi di Pejabat Perkhidmatan Veterina di tempat kita..biasa kita perolehi benda ni dengan harga yang murah je..untung2..dapat free..
argemilangfarm
Tuesday, 11 October 2011
bila musim hujan
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Kebelakangan ni Malaysia kita selalu menerima hujan yan banyak. Dalam penternakan ayam..hujan salah satu resiko yang perlu dihadapi..sbb anak-anak ayam tak tahan sejuk dan kemungkinan time nilah penyakit pn datang menyerang. Aku pn tak terkecuali menghadapi resiko ni. Jadi sebelum ayam & anak-anak ayam aku bermasalah..aku dah bersedia lebih awal..
Apa yang aku buat simple je..pastikan reban tak dilimpahi air supaya dalam reban tak basah..aku kuar belanja sikit belikan netting untuk halang air tempias hujan & haba sejuk..baru anak-anak ayam aku dapat tido dengan lena..
argemilangfarm
anak ayam pertama ku membesar
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Gambar ni aku ambik pada 24/09/2011..sedar tak sedar anak ayam pertama ku dah besar-besar pn..rasa cam baru je aku pelihara..ermm..hari ni aku ter senyum lagi..senyum seronok. Akhirnya usaha aku menampakkan hasil..secara tak langsung aku dapat menimba sedikit ilmu bagaimana menternak ayam ni..sedikit jer..masih banyak yang masih aku perlu belajar..good luck for me..heehe..(dah bleh buat rendang ni..)
Gambar ni aku ambik pada 24/09/2011..sedar tak sedar anak ayam pertama ku dah besar-besar pn..rasa cam baru je aku pelihara..ermm..hari ni aku ter senyum lagi..senyum seronok. Akhirnya usaha aku menampakkan hasil..secara tak langsung aku dapat menimba sedikit ilmu bagaimana menternak ayam ni..sedikit jer..masih banyak yang masih aku perlu belajar..good luck for me..heehe..(dah bleh buat rendang ni..)
argemilangfarm
Monday, 10 October 2011
reban ayam baru
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Hari ni aku nak share cerita pasal reban baru aku..28/08/11 masuk je gaji aku terus oder kayu sikit dan zink. Apa nak jadi..jadilah..aku nak gak buat reban ayam baru yg lebih besar dari reban pertama aku..
Time ni bulan posa..buat kerja time puasa ni mencabar betul. Aku sabar & bertahan je..
Hari pertama aku sempat dirikan tiang & rangka atas..plan dia slumber & ringkas jer..petang tak bleh buat kerja..hujan lebat..
Hari ke-2 aku siapkan sepenuhnya reban ayam tak seberapa aku ni..Alhamdulillah semua kerja berjalan lancar..
- baru pacak tiang..nampak senget jer.. -
Reban ni aku bahagikan pada dua bahagian..satu utk ayam besar & satu lagi untuk anak ayam. Konsep terbuka dipasang dawai BRC & dawai mata punai (chicken ware mesh). Aku harap ayam aku suka dgn rumah baru mereka..hehehehe..
argemilangfarm
Thursday, 6 October 2011
anak ayam pertama aku
Assalammualaikum & Salam sejahtera
Langkah seterusnya, pada tanggal 19/08/11 aku buat keputusan utk membeli 20 ekor anak ayam kampung untuk mendiami reban ciptaan ku ini..Aku ucapkan welcome to new home kat anak-anak ayam aku..hehehehe..Ada sekor dari anak ayam aku tu asyik kene buli je kat member-member dia yang lain. Tak sampai sehari..yg kene buli tu telah meninggal dunia..tetiba hati aku sebak walaupun baru sehari aku menjaganya..moral aku nak sampaikan kat sini..camnerlah hati org yg buang anak tu? Mereka takde hati ke? Yg aku ni baru anak ayam mati..meleleh tahap cipan dah air mata..sedih woo..
argemilangfarm
reban pertama ku
Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Hari ni 18/8/11 aku siapkan reban ni..Ini merupakan reban ayam pertama yang pernah aku bina sepanjang hidup aku..aku amat berpuas hati apa yg terhasil dari hasil tukangan aku sendiri. Tapi dalam benak kepala aku..masih belum terfikir..apa yang aku nak sumbat dalam reban tak seberapa aku ni..siap cat colour hijau tu..
argemilangfarm
pengenalan
Assalammualaikum & salam sejahtera..
Kami di ar gemilang farm mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang sudi melawat laman blog kami.
Pada kami perkataan TERNAKAN..REBAN..AYAM..AYAM KAMPUNG..dan banyak lagilah perkataan yang seumpamanya..ia amat baru dan terlalu asing bagi kami..tapi di sini kami cuba untuk menyingkap apa yang ada di sebaliknya. Ini salah satu tujuan blog kami ini terbina.
Di sini pihak kami amat berbesar hati jika kami diterima menerokai bersama dgn blogger-blogger di sini untuk kami sempurnakan & capai apa yg kami cari dengan perkataan asing kami di atas. Kami juga berharap otai-otai dalam perkara-perkara di atas dapat membantu dan berkongsi ilmu dengan kami..terima kasih
argemilangfarm
Kami di ar gemilang farm mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang sudi melawat laman blog kami.
Pada kami perkataan TERNAKAN..REBAN..AYAM..AYAM KAMPUNG..dan banyak lagilah perkataan yang seumpamanya..ia amat baru dan terlalu asing bagi kami..tapi di sini kami cuba untuk menyingkap apa yang ada di sebaliknya. Ini salah satu tujuan blog kami ini terbina.
Di sini pihak kami amat berbesar hati jika kami diterima menerokai bersama dgn blogger-blogger di sini untuk kami sempurnakan & capai apa yg kami cari dengan perkataan asing kami di atas. Kami juga berharap otai-otai dalam perkara-perkara di atas dapat membantu dan berkongsi ilmu dengan kami..terima kasih
argemilangfarm
Subscribe to:
Posts (Atom)