Aku ucapkan pada sape-sape yang belek blog aku ni..
Time ni hujan lebat betul kat luar rumah aku ni..mcam nak bajir je..ermm..cuak jugak bunyi tu pada mereka-mereka yang bekecimpung dalam penternakan ayam ni..Time ni pemantauan perlu dipertingkatkan lagi..semua bertujuan untuk mengelak ternakan ditimpa masalah kesejukan & penyakit..Pada yang berfikiran panjang sentiasa bersedia dalam menghadapi masalah yang mungkin melanda. Dalam kita memantau..kita tak boleh lupa dari segi penyediaan perubatan untuk ternakan kita..Bukan time musim hujan je..tapi untuk sepanjang masa..selagi kita ni jadi penternak..
Di sini aku nak share sikit apa yang aku tahu dan pengamalan perubatan harian yang aku amalkan..Ini sebagai salah satu ikhtiar dan persedian menghadapi masalah penyakit yang mungkin kita hadapi..terutama pelihara ayam ni. Kita tahu, banyak produk perubatan ternakan kat luar sana..Yg aku guna macam kat bawah ni..Produk kat bawah ni dari segi harganya..taklah mahal..dan kita mampu untuk miliki..tu yang penting..klu kita sayang kat ayam-ayam kita yang comel2 tu..sama-sama lah kita bersedia..hehehe
Neo TM 25/25
Sulphadimidine (coccidiosis)
Dua produk di atas merupakan persedian Antibiotik yang kita boleh bagi bila kita tengok ayam kita tak sihat je..kalau ada yang bersin/selsema ke..moyok ngatuk ke..berak kapur ke..mata berair ke..kita boleh bagi di awal kita kesan ada tanda-tanda tadi..Bukan sekadar antibiotik saje yang terkandung dalam dua benda ni..secara lebih tepat lagi dia mengandungi Antibiotik (2 jenis) + Minerals + Anti Stress.
Carperazne
Carperazne ni plak merupakan Anthelmintic/ Ubat Cacing..ubat cacing ni hanya untuk ayam je tau..bukan untuk orang plak.. Ayam ni pn ada cacing..cacing yang ada dalam peruk dia yang boleh menyebabkan ayam kita mudah dijangkiti penyakit..Jadi sebelum dia bermasalah, kita selesaikan cacing-cacing jahat tu..benda ni cukup dibagi sebulan sekali jer kat ayam kita..3 hari berturut-turut..sukatan yang diperlukan pun taklah banyak sangat..
Selain 3 benda kat atas..aku ada juga gunakan EM dan Provita (sori gambar lupa nak ambik)..
Ramai penternak-penternak ayam menggunakan dua benda ni sebagai persedian perubatan untuk ayam-ayam mereka..
EM bermaksud Effective Microbiols (Probiotik) atau dalam bahasa mudah Bekteria Baik..cam yang ada dalam minuma Yakut tu..tapi mungkin bekteria dia lain lah sikit..tu aku tak pasti..kene tanya doktor lah..EM ni bagus jugak..dia boleh digunakan untuk sembur kat reban & sekitarnya untuk mengelak penyakit & menghilangkan bau..bila bau busuk takde..maka lalat pn takde lah.. Kalau ayam tak sihat pn kita boleh campur dalam minuman ayam..tapi sukatan dia mesti tau..klau tak..ayam bleh mati plak..
Provita plak merupakan antibiotik+anti-Stress..kalau dah nama antibiotik..sudah pasti dia ubat untuk kesihatan..untuk ayam je..ingat tu..benda ni kita mudah diperolihi di Pejabat Perkhidmatan Veterina di tempat kita..biasa kita perolehi benda ni dengan harga yang murah je..untung2..dapat free..
argemilangfarm
No comments:
Post a Comment