Popular Posts

Monday, 2 April 2012

ayam batch 1 dah boleh jual..


Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera..

Sedar tak sedar ayam batc1 aku dah capai umur 50-60 hari dengan berat purata 1-1.5kg/ ekor. Maknanya ayam-ayam ni dah boleh dipasarkan. Hingga hari ni ayam aku dah dibeli oleh pemborong ayam lebih kurang 300 ekor dalam masa 3 minggu..agak memberangsangkan.




lokasi reban aku..


sihat-sihat..


semua dah besar..Alhamdulillah



argemilangfarm

Thursday, 1 March 2012

flyers

Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera


Cerita hari ni biasa-biasa jer..aku nak tunjuk flyers yang aku buat untuk promote ayam aku..hasil tak seberapa ni moga dapat memberi pemangkin pada jualan ayam aku..klu asa bro-bro kat luar sana nak memberi komen hasil kerja aku ni, silakan..amat dialu-alukan..manalah tau ada komen-komen boleh  aku perbaiki @tokok tambah mana-mana yang perlu kat flyers aku ni..









argemilangfarm

Friday, 24 February 2012

antistress

Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera

Hari ni aku nak share citer sikit..sikit jer..
Dua-tiga hari lepas, aku baru tambah anak ayam..time ambil anak ayam tu secara tak sengaja pembekal ayam tu ada rakemen satu produk antistress untuk ayam aku..ayam kampung. Mengikut cerita dia, produk ni terbukti bagus untuk menangani stress/tekanan pada ayam dan pada beberapa haiwan ternakan lain juga..seperti itik, kucing, arnab, kambing. Harga dia pun tak mahal, amat berpatutan untuk penternak kecil-kecilan cam kita ni..

Cara penggunaan dia pn senang..campur dlm air minuman untuk 3 hari berturut-turut, 2 kali sebulan dah cukup..boleh diberi pada ternakan masa-masa tegang seperti anak ayam baru masuk reban, anak ayam pindah reban..Nama produk tu Erycin 5.5 Pada pemerhatian aku, produk ni cukup berkesan menangani masalah stress ayam-ayam aku...bukan org jer yg stress..ayam pn stress gak..Bila ayam mengalami stress dan kita tak menangani maslah ni, ayam kita akan tak lalu makan, tak bermaya, suka bergaduh menyebabkan berlaku luka-luka, dan beberapa masalah lain.







argemilangfarm

Monday, 20 February 2012

vaksin ayam

Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera


Kali ni saya nak kongsi ilmu sikit pasal ternak ayam ni..
Kita biasa dengar penyakit bermusim..salah satu dinamakan Sampar..kalau tanya penternak ayam yang sudah lama berkecimpun dalam bidang ni, sampar ni amat menakutkan..Bila penyakit ni menyerang ayam brader2 kat luar sana..alamatnya, boleh jatuh terduduk..tak tido malam jadinya. Ini semua disebabkan akan berlaku kematian pada ayam-ayam pelihraan dalam jangka masa pendek dan dalam kuantiti yang banyak..bisa rugi besar wooo..lagi teruk, nak pulih dari serangan penyakit ni agak rumit dan makan masa.

Bila ada penternak yang mengalami masalah ini..mereka terpaksa tanggung kos kerugian kematian ayam, dan kos pemulihan reban. Hal-hal ini biasa membuat penternak-penternak kita rugi besar dan patah hati untuk menternak lagi. Mereka terpaksa mengosongkan reban dan perlu dibersihkan sepenuhnya dgn menggunakan pembersih pembunuh kuman.

Tetapi penyakit bermusim seperti sampar ni boleh dielak..di mana cegah sebelum dia datang..'sediakan payung sebelum hujan..' Penyakit ini boleh dicegah melalui penggunaan Vaksin. Cara penggunaan vaksin ini kita boleh perolehi melalui pengamal-pengamal perubatan ternakan peliharaan seperti Jabatan Veterina & pembekal-pembekal vaksin untuk penyakit-penyakit bermusim ni..






- contoh salah satu vaksin & pengeluar -
(gambar ini disalin dari blog kawan kita D'Village Farm)


Kat sini salah satu cara anak ayam divaksin. Cara dalam gambar di bawah ni dengan cara sedut melalui hidung. Di mana, muncung/ mulut anak ayam diselam dalam cecair yang mengandungi campuran vaksin suapaya anak ayam tersebut akan menyedut melalui hidung. Banyak cara dan selok belok yang kita boleh pelajari dalam pemberian vaksin ini. Ada cara diberi dalam minuman..dititik melalui mata/ hidung..



- tengah vaksin anak ayam baru -




argemilangfarm

ayam batch 1 tahun 2012 keluar reban

Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera

Ayam batch 1 aku hari ni dah umur 28 hari, dah cukup masa untuk dilepaskan ke persekitaran terbuka. Dalam pemeliharaan ayam kampung/ ayam kampung organik, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh penternak..di mana ayam  mereka dah pandai hidup dalam suasana yang lebih agresif. Mereka dapat bergerak dalam kawasan yang lebih luas dan dapat hidup sepertimana ayam kampung biasa.

Ayam yang dipelihara dalam sistem lepas bebas dapat menghasilkan ayam yang lebih bermutu dari segi kesihatan & mutu daging ayam-ayam tersebut. Sebab ayam dapat memagut dan memakan tumbuh-tumbuhan, rumput dan dapat mengais mencari makanan sendiri. Ayam juga tidak berada dalam keadaan stress/tekanan kerana dikurung.



- ayam dilepas dr reban -


- bebas bergerak -


- masa makan -



argemilangfarm

ayam batch 2 tahun 2012

Assalammualaikuk wbrt & Selamat Sejahtera

Hari ni tanggal 21/2/2012 aku mengucap syukur lagi kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang pada aku melihat dunia yang indah ni. Rahmat dan rezeki Mu bercucuran pada ku..Alhamdulillah.. Hari ni juga anak ayam batch 2 tahun 2012 mula masuk ke reban aku sejumlah 300 ekor. Sekali lagi aku ucapkan Alhamdulillah di mana anak-anak ayam yang aku terima dari pembekal dalam keadaan yang amat baik.

Di sini aku juga ucapkan beribu terima kasih dan tahniah kepada isteri aku kerana berjaya menyediakan semua keperluan untuk kemasukan anak ayam baru dari awal sampai akhir..hanya Allah dapat membalas segala usaha mu..



- reban dah sedia menerima kemasukan anak ayam -



- anak-anak ayam masih dalam kotak penghantaran -


- anak-anak ayam baru dah masuk -


- anak-anak ayam dimasukkan dalam reban -


argemilangfarm


Saturday, 11 February 2012

reban baru lagi

Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera

Bila ayam bertambah..reban pun kene tambah. Baru-baru ni aku luaskan lagi kawasan pagar ayam aku..aku nak tambahkan lagi satu reban untuk ayam dewasa nanti. Sekurang-kurangnya ayam-ayam aku tak berasak-asak nak tidur bila dah besar nanti. Reban yang aku baru bina ni sistem terbuka dan binaannya agak rendah sedikit. Ini untuk memberi pengudaraan yang baik dan pengekalan suhu time waktu malam. Kawasan sekitar reban aku tak biarkan ia terbiar camtu je..aku tanam pokok pisang..dgn harapan satu hari nanti aku boleh makan buah pisang free..hehehe..daun pisang plak aku boleh bagi kat ayam aku makan..sumber protein yang baik untuk ayam aku..


 - kawasan baru -

- reban baru -



argemilangfarm

ayam batch 1 tahun 2012

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Rasa dah lama aku tak tulis apa-apa kat blog aku ni. Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita tentang ternakan ayam aku. Pada 22/01/2012 hari tu, aku masukkan anak ayam baru dalam 300 ekor. Alhamdulillah..baka anak ayam yang aku dapat dari penetasan dan baka yang agak baik. Sampai hari ini sudah masuk 21 hari umur anak ayam aku. Buat masa ni kadar kematian paling minima berbanding baka-baka sebelum ni..


- makan 24 jam -


- hari pertama anak ayam masuk reban -


Pelaburan untuk pusingan anak ayam baru ni agak tinggi sedikit di mana sistem pemanas anak ayam telah dipertingkatkan. Pemanas baru telah aku beli yang beharga hampir RM500/no. Pemanas ni menggunakan gas..sama dgn gas untuk memasak kat dapur tu. Satu pemanas dapat menampung 1500 ekor anak ayam dalam satu-satu masa. Penggunaan pemanas hanya untuk 14-20 hari sahaja di mana aku menggunakan 1 setengah tong gas 14kg sahaja. Ia dipasang hanya pada waktu malam dan waktu hujan lebat, untuk mengelak anak ayam kesejukan. Dalam pemerhatian aku, pemanas yang baru aku guna ni amat baik untuk tumbesaran permulaan anak-anak ayam. Teori dia, bila guna pemanas ni sama macam anak ayam tidur bawah perut ibu ayam. Suhu dia boleh dikawal mengikut kesesuaian suhu persekitaran. Jadi anak-anak ayam boleh mendapat pemanasan yang sesuai & sekata.


- pemanas anak ayam -


Hari ni dah 11/2/2012..maknanya anak-anak ayam aku dah berumur 21 hari..suka aku tengok telatah anak-anak ayam aku. Bila dilepas keluar reban rata-rata anak ayam aku masih takut-takut nak mematuk & mengais tanah..hahaha..kelakar bila ayam takut mengais tanah. Maknanya masih belum bleh guna pribahasa 'Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'..









argemilangfarm