Assalammualaikum wbrt & Selamat Sejahtera
Ayam batch 1 aku hari ni dah umur 28 hari, dah cukup masa untuk dilepaskan ke persekitaran terbuka. Dalam pemeliharaan ayam kampung/ ayam kampung organik, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh penternak..di mana ayam mereka dah pandai hidup dalam suasana yang lebih agresif. Mereka dapat bergerak dalam kawasan yang lebih luas dan dapat hidup sepertimana ayam kampung biasa.
Ayam yang dipelihara dalam sistem lepas bebas dapat menghasilkan ayam yang lebih bermutu dari segi kesihatan & mutu daging ayam-ayam tersebut. Sebab ayam dapat memagut dan memakan tumbuh-tumbuhan, rumput dan dapat mengais mencari makanan sendiri. Ayam juga tidak berada dalam keadaan stress/tekanan kerana dikurung.
- ayam dilepas dr reban -
- bebas bergerak -
- masa makan -
argemilangfarm
No comments:
Post a Comment