Popular Posts

Monday 5 December 2011

pembekal baru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Hampir 1 bulan aku tak update blog aku ni..nak kata busy takdelah sangat, saje membusykan diri dgn benda2 tak berfaedah. Musim banjir kat kelantan baru jer habis..benda yang aku paling suka time tu adalah main banjir..jadi cam zaman budak2 dulu..walaupun camtu aku masih belum lupa pasal ayam2 aku..dalam reban de hampir 200 ekor sedang membesar..

Hari ni aku nak berkongsi cerita pasal mencari pembekal ayam & makanan baru untuk tahun baru dan pusingan baru penternakan ayam aku. Last2 aku jumpa gak satu cina kat Bachok Kelantan ni..dia ni peramah giler..bukan saje jual barang harga murah dari mana2 pembekal lain..dia juga tak lokek ilmu..banyak ilmu cara penternakan ayam kampung yg aku korek dr dia ni..berbuih mulut dia bg tips kat aku..terima kasih uncle Kuek..





argemilangfarm

Tuesday 8 November 2011

doa pelindung diri

Assalamualaikum..

Amalam ini saya ambil dari blog saudara kita yang sudah berjaya dalam ternakan ayam, blog beliau Maria Firdaus - Ternak Ayam Daging. Sekadar berkongsi ilmu.

Yang Pertama :
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Yang Kedua :
.أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)

Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking? " Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"

Doa dibaca selepas solat subuh dan asar sebanyak 3 kali.

These Doa actually part of Al-Mathurat. Amat baik kalau kita boleh beramal dengan doa-doa ni.

Selamat Beramal.

Wassalam



argemilangfarm

pesanan

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Berkongsi dari Blog saudara kita, Maria Firdaus - Ternakan Ayam Daging.

Pesanan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY 1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan 2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. 3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. 5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju. 7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. 8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. 9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu. 10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ? 11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. 12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. 13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. 14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik. 15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa ! 16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak. 17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha. 18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang. 19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja. 20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang. 21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata. 22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang). 23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu. 24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya. 25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniagamana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab. 26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. 27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. 28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. 29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan. 30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. 31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa. 32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain. 33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju. 34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian. 35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. 36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. 37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku. 38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir. 39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh. 40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya. 41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus. 42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai. 43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri. 44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat. 45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. 46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung. 47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. 48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri aya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok. 49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan. Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang melayu dan islam.


argemilangfarm

hujan rahmat

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Berkongsi dari blog Maria Firdaus - Ternak Ayam Daging..

Bila langit mula mendung, Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)

Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ?

Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab. Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab.

Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...



argemilangfarm

anak ayam mati

Assalammualaikum & Salam sejahtera

Hari ni 8/11/2011 aku dalam kesedihan walaupun baru je menyambut raya korban yang penuh kemeriahan..petang tadi hujan turun lebat tiba-tiba, aku terlupa untuk hidupkan lampu pemanas untuk anak-anak ayam aku..mereka saling tindih-menindih untuk mendapatkan haba panas antara mereka menyebabkan ada anak ayam aku mati lemas sebab dipijak oleh kawan-kawan dia yang lain..aduhh..aku cukup sedih atas kecuan ku sendiri..takpelah, hayat anak ayam aku yg mati tu sampai hari ni jer..apa yg perlu adalah, bersyukur sebab yang lain masih hidup sihat..Alhamdulillah..


argemilangfarm

Thursday 3 November 2011

anak ayam baru

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni 01/11/2011 anak ayam baru aku mula masuk reban..tak banyak pun..cuma 100 ekor jer untuk batch ni..nak masuk banyak, risau musim tengkujuh dah hampir..nanti ada yang tak terjaga dek kesejukan..ayam ni lemah sikit cuaca hujan ni..


 -anak ayam berumur 7 hari -


- tido selepas kenyangan -


 - tak cukup bekas makanan, pinggang emak aku sebat..hahaha.. -



argemilangfarm

Monday 31 October 2011

jual ayam musim hujan

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Tajuk kat atas tu mungkin sesuai dengan apa aku nak bercerita. Hari ni 27/10/2011..dalam masa seminggu dua ni, kesihatan ayam aku agak membimbangkan betul..ada yang mengatuk..ada yang bersin..tapi % dia taklah banyak..1:30 jer. Tapi cuak sampai tak boleh nak tido..

Dengan kuasa Allah SWT dan usaha gigih, Alhamdulillah..ayam aku sihat dan tiada kematian yang berlaku sampai ke hari ini..syukuuurr..yang best lagi, semalam ayam aku dah selamat diborong oleh peraih ayam..sampai terang reban aku..tinggal 45ekor jer dari seratus ekor lebih..nampaknya tak sempat untuk stok raya korban lah gamaknya. Pada mereka-mereka di sekitar reban ayam aku yang bercita-cita nak beli time raya nanti rasa-rasa tak kesampaian lah cita2 tu. Sebab ayam dah nak habis. Kalau nak jugak..sila datang sekarang buat booking..cukup time bleh ambik dengan harga pasaran semasa...hehehehe..ayam masih dalam reban, tapi duit dah masuk..bijak-bijak..sekali lagi aku panjatkan syukur..Amin..

Hari ni aku pening sekali lagi..nak tambah stok anak ayam ke tidak? Nak tambah risau keadaan cuaca sekarang..tak nak tambah, stok ayam dalam reban dah nak habis..aduuhh..pening jugak ni...


argemilangfarm

banjir

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Aku baru lepas tengok berita tadi..dia org cakap pantai timur akan terima hujan lebat..mungkin akan berlaku banjir besar..Aku termenung bila dengar pe yang berita bagitau..tak lama lagi orang pantai timur boleh main air banjir (air boh). Pantai timur kalau musim banjir ibarat cam pesta bagi penduduknya. Time nilah ramai-ramai kuar main air..time ni gak anok-anok daro comel kuar main air..hehehe..

Bagi aku..musim tengkujuh ni menyimpan banyak kenangan manis..dulu-dulu, time musim banjir nilah dapat makan ikan air tawar banyak..ramai yang kuar tangkap ikan kat sungai-sungai..sawah-sawah..time musim ni jugak lah aku dapat makan ubi kayu cicah kelapa muda parut digaul dgn gula..ermm..sedap..rindu arwah nenek lah plak rasa..

Pepe pun..tahun ni cabaran baru untuk aku hadapi akan bermula..besok anak ayam best baru akan masuk reban aku. Tak banyak, cuma 100 ekor je..tapi pelaburan juga tu.. Cabaran pelihara ayam musim banjir ni agak besar resikonya..aku harap semua persedian yang aku buat dah cukup untuk hadapi semua kemungkinan yang akan berlaku..Ya Allah, aku pohon perlindungan dari Mu ya Allah..Apa yang pasti kawasan reban aku tak akan ditenggelami air..kecuali kuasa Tuhan yang menentukan segalanya.


argemilangfarm

Monday 24 October 2011

lakaran reban ayam baru

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Ermmm..sini aku nak share citer pasal aku nak upgrade kawasan sekitar reban ayam aku..reban sedia ada tu aku ingat nak renovat jadi dua level..level atas aku nak buat tempat letak anak ayam yang baru..kat bawah plak aku boleh letak ayam yang dah besar..boleh jimatkan ruang..yang penting jimat duit..hehehe..


Step kedua, aku nak luaskan kawasan pagar luar reban..supaya ayam aku dapat berlari & terbang bebas di sekitar reban. Aku dah belikan pukat ikan lebih kurang 150meter, tinggi 7kaki untuk dijadikan pagar..harga pukat ni murah jer..ketahanan dia pn boleh tahan jugak..tak perlu pagar pakai dawai pn..yang penting pukat tu di pasang kuat dan bahagian bawah dikunci baik..yang penting tiada yang berlubang..



- reban untuk anak ayam kecik aku berteduh -

- dalam reban yang tak seberapa -


- tak nampak ayam sebab semua lepak kat luar reban -

 
- ruang anak ayam aku lepak -



- siap dipagar menggunakan pukat ikan -


- bilalah aku nak tengok semua kawasan berpagar aku ni dipenuhi ayam -



- pokok aku kekalkan sebagai tempat ayam aku berteduh -
 


argemilangfarm

melawat reban waktu malam

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni 25/10/2011..dua malam lepas aku susah betul nak lelap mata. Puas aku pejam, tapi mata tetap terkebil-kebil. Last2 aku sarung seluar..pakai baju..turun pegi melawat ayam aku..tengah ayam aku tido nyenyak..aku on lampu..apa lagi, bisinglah bunyi dalam reban aku..hahahaha..mesti semua ayam aku menyumpah, sebab aku buat dajal malam-malam buta..

Ayam ni pantang mata boleh nampak..terus je cari makan..yg dituju dulu adalah bekas air minum..semua berebut-rebut nak minum..kesian aku tengok..sejak 2 malam lepas aku pasangkan lampu dalam 1 jam sebelum aku tido..nak bagi ayam minum..


Sebahagian ayam aku yang tersedar dari tido..





argemilangfarm





Thursday 20 October 2011

persedian perubatan

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Aku ucapkan pada sape-sape yang belek blog aku ni..
Time ni hujan lebat betul kat luar rumah aku ni..mcam nak bajir je..ermm..cuak jugak bunyi tu pada mereka-mereka yang bekecimpung dalam penternakan ayam ni..Time ni pemantauan perlu dipertingkatkan lagi..semua bertujuan untuk mengelak ternakan ditimpa masalah kesejukan & penyakit..Pada yang berfikiran panjang sentiasa bersedia dalam menghadapi masalah yang mungkin melanda. Dalam kita memantau..kita tak boleh lupa dari segi penyediaan perubatan untuk ternakan kita..Bukan time musim hujan je..tapi untuk sepanjang masa..selagi kita ni jadi penternak..

Di sini aku nak share sikit apa yang aku tahu dan pengamalan perubatan harian yang aku amalkan..Ini sebagai salah satu ikhtiar dan persedian menghadapi masalah penyakit yang mungkin kita hadapi..terutama pelihara ayam ni. Kita tahu, banyak produk perubatan ternakan kat luar sana..Yg aku guna macam kat bawah ni..Produk kat bawah ni dari segi harganya..taklah mahal..dan kita mampu untuk miliki..tu yang penting..klu kita sayang kat ayam-ayam kita yang comel2 tu..sama-sama lah kita bersedia..hehehe



                                                         Neo TM 25/25




                                             Sulphadimidine (coccidiosis)


Dua produk di atas merupakan persedian Antibiotik yang kita boleh bagi bila kita tengok ayam kita tak sihat je..kalau ada yang bersin/selsema ke..moyok ngatuk ke..berak kapur ke..mata berair ke..kita boleh bagi di awal kita kesan ada tanda-tanda tadi..Bukan sekadar antibiotik saje yang terkandung dalam dua benda ni..secara lebih tepat lagi dia mengandungi Antibiotik (2 jenis) + Minerals + Anti Stress.



                                                         Carperazne


Carperazne ni plak merupakan Anthelmintic/ Ubat Cacing..ubat cacing ni hanya untuk ayam je tau..bukan untuk orang plak.. Ayam ni pn ada cacing..cacing yang ada dalam peruk dia yang boleh menyebabkan ayam kita mudah dijangkiti penyakit..Jadi sebelum dia bermasalah, kita selesaikan cacing-cacing jahat tu..benda ni cukup dibagi sebulan sekali jer kat ayam kita..3 hari berturut-turut..sukatan yang diperlukan pun taklah banyak sangat..

Selain 3 benda kat atas..aku ada juga gunakan EM dan Provita (sori gambar lupa nak ambik)..
Ramai penternak-penternak ayam menggunakan dua benda ni sebagai persedian perubatan untuk ayam-ayam mereka..
EM bermaksud Effective Microbiols (Probiotik) atau dalam bahasa mudah Bekteria Baik..cam yang ada dalam minuma Yakut tu..tapi mungkin bekteria dia lain lah sikit..tu aku tak pasti..kene tanya doktor lah..EM ni bagus jugak..dia boleh digunakan untuk sembur kat reban & sekitarnya untuk mengelak penyakit & menghilangkan bau..bila bau busuk takde..maka lalat pn takde lah.. Kalau ayam tak sihat pn kita boleh campur dalam minuman ayam..tapi sukatan dia mesti tau..klau tak..ayam bleh mati plak..

Provita plak merupakan antibiotik+anti-Stress..kalau dah nama antibiotik..sudah pasti dia ubat untuk kesihatan..untuk ayam je..ingat tu..benda ni kita mudah diperolihi di Pejabat Perkhidmatan Veterina di tempat kita..biasa kita perolehi benda ni dengan harga yang murah je..untung2..dapat free..


argemilangfarm

Tuesday 11 October 2011

bila musim hujan

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Kebelakangan ni Malaysia kita selalu menerima hujan yan banyak. Dalam penternakan ayam..hujan salah satu resiko yang perlu dihadapi..sbb anak-anak ayam tak tahan sejuk dan kemungkinan time nilah penyakit pn datang menyerang. Aku pn tak terkecuali menghadapi resiko ni. Jadi sebelum ayam & anak-anak ayam aku bermasalah..aku dah bersedia lebih awal..
Apa yang aku buat simple je..pastikan reban tak dilimpahi air supaya dalam reban tak basah..aku kuar belanja sikit belikan netting untuk halang air tempias hujan & haba sejuk..baru anak-anak ayam aku dapat tido dengan lena..







argemilangfarm

anak ayam pertama ku membesar

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Gambar ni aku ambik pada 24/09/2011..sedar tak sedar anak ayam pertama ku dah besar-besar pn..rasa cam baru je aku pelihara..ermm..hari ni aku ter senyum lagi..senyum seronok. Akhirnya usaha aku menampakkan hasil..secara tak langsung aku dapat menimba sedikit ilmu bagaimana menternak ayam ni..sedikit jer..masih banyak yang masih aku perlu belajar..good luck for me..heehe..(dah bleh buat rendang ni..)





argemilangfarm

Monday 10 October 2011

reban ayam baru

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni aku nak share cerita pasal reban baru aku..28/08/11 masuk je gaji aku terus oder kayu sikit dan zink. Apa nak jadi..jadilah..aku nak gak buat reban ayam baru yg lebih besar dari reban pertama aku..

Time ni bulan posa..buat kerja time puasa ni mencabar betul. Aku sabar & bertahan je..
Hari pertama aku sempat dirikan tiang & rangka atas..plan dia slumber & ringkas jer..petang tak bleh buat kerja..hujan lebat..
Hari ke-2 aku siapkan sepenuhnya reban ayam tak seberapa aku ni..Alhamdulillah semua kerja berjalan lancar..


- baru pacak tiang..nampak senget jer.. -

 
Akhirnya..ayam aku dpt lepak dengan selesa dalam reban yang baru aku siapkan..Sambil menarik nafas lega..aku mengucap syukur atas rezeki yg Allah bagi untuk aku siapkan reban ayam baru aku..

Reban ni aku bahagikan pada dua bahagian..satu utk ayam besar & satu lagi untuk anak ayam. Konsep terbuka dipasang dawai BRC & dawai mata punai (chicken ware mesh). Aku harap ayam aku suka dgn rumah baru mereka..hehehehe..







argemilangfarm

Thursday 6 October 2011

anak ayam pertama aku

Assalammualaikum & Salam sejahtera


Langkah seterusnya, pada tanggal 19/08/11 aku buat keputusan utk membeli 20 ekor anak ayam kampung untuk mendiami reban ciptaan ku ini..Aku ucapkan welcome to new home kat anak-anak ayam aku..hehehehe..Ada sekor dari anak ayam aku tu asyik kene buli je kat member-member dia yang lain. Tak sampai sehari..yg kene buli tu telah meninggal dunia..tetiba hati aku sebak walaupun baru sehari aku menjaganya..moral aku nak sampaikan kat sini..camnerlah hati org yg buang anak tu? Mereka takde hati ke? Yg aku ni baru anak ayam mati..meleleh tahap cipan dah air mata..sedih woo..




argemilangfarm

reban pertama ku

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni 18/8/11 aku siapkan reban ni..Ini merupakan reban ayam pertama yang pernah aku bina sepanjang hidup aku..aku amat berpuas hati apa yg terhasil dari hasil tukangan aku sendiri. Tapi dalam benak kepala aku..masih belum terfikir..apa yang aku nak sumbat dalam reban tak seberapa aku ni..siap cat colour hijau tu..






argemilangfarm

pengenalan

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Kami di ar gemilang farm mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang sudi melawat laman blog kami.
Pada kami perkataan TERNAKAN..REBAN..AYAM..AYAM KAMPUNG..dan banyak lagilah perkataan yang seumpamanya..ia amat baru dan terlalu asing bagi kami..tapi di sini kami cuba untuk menyingkap apa yang ada di sebaliknya. Ini salah satu tujuan blog kami ini terbina.
Di sini pihak kami amat berbesar hati jika kami diterima menerokai bersama dgn blogger-blogger di sini untuk kami sempurnakan & capai apa yg kami cari dengan perkataan asing kami di atas. Kami juga berharap otai-otai dalam perkara-perkara di atas dapat membantu dan berkongsi ilmu dengan kami..terima kasih


argemilangfarm